INSTITUT PENDIDIKAN KEBANGSAAN Gambarajah 1.1 Falsafah merupakan sebuah disiplin

 

 

 

 

 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU
LINTANG,

JALAN COLLEGE,

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

93200 KUCHING, SARAWAK

KERJA KURSUS FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA

(TUGASAN 3)

 

NAMA GURU PELATIH                  :
MUHAMMAD ASHRAF BIN MANSOR

NO KAD MATRIK                             :
201711038

NO K.P                                               :
910106025461

KUMPULAN/ UNIT                          :
PDPLI-KDC PI (SR)3 NOV 2017

KOD DAN NAMA KURSUS           :
FALSAFAH PENDIDIKAN (EDUP 2013)

PENSYARAH                                   :
ENCIK DING AK GIRI

TARIKH SERAHAN                                    :
20 MAC 2018

 

 

 

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Pendidikan
(1979)”Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan memperkembangkan
kebolehan dan tingkahlaku manusia.Ia juga proses sosial yang memberi peluang
kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan
peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta
terkawal yang dikenali sebagai sekolah.” Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
dahulunya dikenali dengan Falsafah Pendidikan Negara adalah satu usaha kerajaan
untuk membangunkan lagi taraf pendidikan rakyat Malaysia. FPK boleh diertikan
sebagai pedoman,arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang
berkaitan dengan pendidikan. Maka FPK digubal hasil daripada usaha berfikir
yang rasional dan kritis. FPK ini akan menjadi panduan kepada segala usaha
pendidikan sama ada di institusi pendidikan atau diluar institusi pendidikan.
Berdasarkan pertimbangan yang dibuat berpandukan laporan Akta Pendidikan ,
Rukun Negara dan ciri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia maka FPK
digubal dan diumumkan secara rasminya pada tahun 1988.

2.0 FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Gambarajah 1.1

Falsafah merupakan sebuah disiplin
ilmu yang telah bermula sejak zaman Phytaghoras 492-572 sebelum masihi. Penyata
Razak (1956) dan laporan Rahman Taib (1960) menjadi asas kepada pembentukan
sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran
1961. Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap
pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi pandangan dan haluan
kepada pakar pendidikan untuk merancang dan mereformasikan sistem pendidikan
Negara. sehubungan  dengan  itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal
secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira
seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan individu masyarakat dan Negara.
Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan antara factor-faktor yang
mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal ialah factor agama ,politik,
ekonomi, social, individu , dan masyarakat. Faktor agama ialah berkaitan dengan
agama islam yang merupakan agama rasmi bagi negaara Malaysia yang disebut di
ddalam perlembagaan. faktor individu dan masyarakat juga memberi impak didalam
penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana potensi individu dikembangkan
melalui proses pendidkan . potensi inidividu ini meliputi aspek – aspek intelek
, rohani , jasmani dan emosi. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa
megamalkan sikap bersyukur , sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta
bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang , ini merupakan penyataan utama
dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penggubalan Falsafah Pendidikan
ini juga tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan pendidikan antarabangsa .
seperti idea – idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa,
program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan, pendidikan
seumur hidup  yang direncanakan oleh
UNESCO 1980-an dijadikan rujukan dalam penggubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

2.1 FALSAFAH
PENDIDIKAN ISLAM

Gambarajah
1.2

Menurut
Imam Sheikh mustafa Abd. Al Razak “Falsafah islam berkembang di Negara islam
dan di bawah naugan Negara islam dan juga hasil pemikiran ahli falsafah yang
berada di bawah lingkungan kekuasaan Islam tentang hakikat sesuatu dalam premis
pemikiran yang logic dan sistematik.”. Falsafah Pendidikan Islam juga adalah suatu
usaha yang berterusan seperti yang dianjurkan oleh UNESCO pada tahun 1980-an
yang menyatakan terdapat perkaitan diantara falsafah pendidikan kebangsaan dan
falsafah pendidikan islam. Hasil daripada analisis saya menunjukkan bahawa
Falsafah Pendidikan islam memberi implikasi terhadap proses perkembangan
pembentukan Falsafah pendidikan Kebangsaan , antara implikasinya ialah KBSR dan
KBSM telah diwujudkan dan memberi penekanan asas kepada usaha pembentukan
sahsiah , peribadi , emosi  dan semangat
tanggungjawab kendiri , masyarakat  dan
alam sekitar. Selaras dengan penyataan didalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
,Matlamat falsafah pendidikan islam ialah membentuk dan memperkembangkan insan
supaya menjadi muslim yang berilmu,beriman dan beramal soleh dan berperibadi
mulia kearah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah allah yang bertakwa. Dari aspek yang lain Falsafah pendidikan Islam
juga menekankan usaha untuk melahirkan insan yang taat kepada allah dan hidup
didalam masyarakat yang harmoni , aman, damai dan sejahtera di dunia dan
akhirat.

 

 

 

2.2
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR  

Gambarajah
1.3

Pendidikan
membolehkan seseorang individu mencapai kebijaksanaan , mengekalkan struktur
kekeluargaan, menggubal undang-undang di samping memenuhi kehendak social dan
ekonomi. Dengan pendidikan juga individu mampu merubah nasib jika individu itu
mahu berubah. Dalam pendidikan timur mereka memfokuskan mata pelajaran moral ,
politik , ekonomi dan kebudayaan. Prinsip falsafah pendidikan timur yang
diasaskan oleh Confucius/Kung Fu Tze (551-479 S.M) yang  berasal dari Shantung mementingkan kesedaran
terhadap kesatuan dan hubungan timbal balik daripada segala sesuatu benda , peristiwa
dengan pengalaman. Matlamat pendidikan conficius adalah untuk melahrikan
individu yang berkebolehan dan bermoral tinggi, hal ini kerana pendidikan
membolehkan manusia mencapai kebijaksanaan dan memperoleh Nirvana. Terdapat
juga tokoh pendidikan timur yang lain seperti Rabindranath Tagore yang
menyatakan konsep pendidikan merupakan satu proses menyediakan stiap individu
untuk menyara hidup masing-masing kelak. Matlamat R.Tagore ialah menghasilkan
individu yang menyeluruh melalui interaksi dan integriti dengan persekitaran.
Kesimpulanya menurut Tagore beranggapan seseorang yang berpelajaran dalm erti
kata sebenar bukan sahaja berfikiran cergas santifik bersih berani bebas teatpu
juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal mempunyai kecekapan untuk
berkhidmat pada masyarakat dan Negara.

2.3
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Gambarajah
1.4

 

Gambarajah diatas
menunjukkan definisi falsafah barat oleh tokoh-tokoh falsafah barat yang
mendifinasikan falsafah dengan pelbagai tafsiran, namun begitu kesemua tafsiran
berikut membawa kepada satu matalamat iaitu perkembangan individu. falsafah
pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu falsafah pendidikan tradisional
barat dan falsafah pendidikan moden barat . falsafah pendidikan tradisional
terbahagi kepada beberapa mazhab sperti mazhab Perenialisme dan Esensialisme
manakala falsafah pendidikan barat moden juga dibahagikan kepada beberapa
mazhab antaranya ialah mazhab Progresivisme, Rekonstruktivisme
dan Eksistentialisme. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan perbandingan
antara falsafah pendidikan tradisional dan moden berdasarkan tiga aspek iaitu
konsep, matlamat pendidikan dan tumpuan.

 

 

 

 

 

 

 

Aspek
Mazhab

Konsep

Matlamat
Pendidikan

Tumpuan

Tradisional

Perenialisme

Secara semulajadi ,
ciri manusia bersifat sejagat daan tidak berubah-ubah.

Mengajar ilmu dan
nilai bersifat sejagat dan abadi.

Kurikulum: Bidang kemanusiaan dan
kesusasteraan;
Guru: Penyampai ilmu yang pakar;
Kaedah mengajar:
Didaktik;
Murid: Penerima Ilmu yang bersifat pasif.

Esensialisme

Penekanan diberi
kepada perkara perkara asas.

Mengajar ilmu dan
budaya yang bersifat asas sahaja

Kurikulum: Kemahiran asas (membaca, menulis dan
mengira);
Guru: Penyampai ilmu yang mahir;
Kaedah mengajar:
Didaktik;
Murid: Penerima Ilmu yang bersifat pasif.

Moden

Progresivisme

Manusia berupaya
menyesuaikan diri terhadap perubahan .

Menghasilkan individu
yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian.

Kurikulum: Kebebasan untuk memilih mata pelajaran
yang ingin dipelajari;
Guru: Pembimbing dan pengurus;
Kaedah mengajar:
Induktif;
Murid: Mencari ilmu dan bersifat aktif.

Rekonstruktisvisme

Sekolah merupakan
landasan untuk membentuk masyarakat baru.

Mengasaskan corak
budaya baru

Kurikulum: Bidang sains sosial;
Guru: Agen perubahan;
Kaedah mengajar:
Berpusatkan murid;
Murid: Berani mencuba dan bersifat aktif.

Eksistentialisme

Manusia
bertanggungjawab ke atas diri sendiri

Tidak digariskan.

Kurikulum: Bidang estetik dan falsafah;
Guru: Pemangkin ilmu;
Kaedah mengajar:
Berpusatkan murid dan
aktiviti;
Murid: Penerima Ilmu yang bersifat aktif.

Jadual 1.1
Perbandingan Falsafah Moden dan Tradisonal

 

 

3.0 PENUTUP

 

 

Kesimpulanya FPK adalah
teras kepada system pendidikan di  negara
ini. Falsafah ini digubal dia atas kesedaran bahawa Negara mesti mempunyai hala
tuju dan matlamat yang benar dan tepat di dalam system dan rancangan
pendidikannya. Selaras dengan Rukunegara, falsafah pendidikan ini turut
menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan. Malah keseluruhan Falsafah
pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan.Adalah amat penting seseorang
guru itu mengikuti kehendak FPK dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan kerana FPK itu adalah panduan bagi sistem pendidikan di Malaysia .
segala kelemahan yang dirasai dalam memahami dan menghayati FPK oleh guru
haruslah di atasi segera bagi membolehkan ilmu yang disampaikan itu telus
kepada para pelajar tanpa sebarang halangan bagi seseorang pelajar itu menerima
ilmu dan sekaligus mempraktikanya . seseorang guru yang menghayatu FPK dengan
baik dan mendalam dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik bakal mewujudkan
khalifah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek di mana
mereka ini bakal menerajui dunia di masa akan dating dengan hikmah dan jayanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4.0
RUJUKAN

 

BUKU


Mok Soon Sang, (2010),
Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd., Puchong


Abdul Fatah Hasan (2001),
Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.,
Pahang


Sharuddin Noraziah, (2002),
Forum Memori Korporat UTM, Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.


CHOONG LEAN
KEOW(2008)FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KUMPULAN BUDIMAN SDN BHD KUALA
LUMPUR

 

INTERNET

 

http://web.jiaozong.org.my/doc/2009/rnr/edu_law/falsafah_pendidikan_negara.pdf

https://www.google.com/search?q=falsafah+pendidikan+kebangsaan

 https://prezi.com/pp4y1aoe_0t4/implikasi-falsafah-pendidikan-barat-islam-dan-timur-terhada/

 

JURNAL


Zahara Aziz Nurliah Jair
,Jurnal Pendidikan Malaysia,(2009)
(ISSN : 0126-6020). Jurnal Pendidikan Malaysia, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.


Hashim, Rosnani (2004)
Falsafah penyelidikan pendidikan dari perspektif Islam : konsep dan matlamat.
Jurnal Pendidikan Islam, 11 (1). pp. 1-16. ISSN 0127-5153