Hubungan tidak terus leka dan alpa mengejar kemajuan negara

Hubungan
etnik di antara masyarakat di Malaysia boleh dibangggakan. Hal ini kerana,
antara yang menyebabkan negara Malaysia dikenali seantero dunia adalah kerana
kepelbagaian etnik yang terdapat di negara ini disamping keharmonian yang
ditonjolkan oleh masyarakat di negara ini. Keadaan yang aman dan damai di
negara ini ekoran dari kepelbagaian dan dan kesamarataan yang diterima oleh
masyarakat di negara ini telah mewujudkan kestabilan dari segi ekonomi, politik
dan sosial yang baik.  Suasana ini
membolehkan masyarakat hidup dengan aman damai tanpa berlakunya kekerasan ,
pergaduhan antara etnik dan bebas daripada permasalahan yang melibatkan etnik
seperti negara-negara lain.

 

Kesepaduan
antara kaum dan etnik di Malaysia boleh bercambah dan berkembang seiring dengan
kemajuan negara terutama apabila kesedaran tentang pentingnya perpaduan yang
erat dan teguh di kalangan masyarakat di negara ini. Langkah-langkah proaktif
perlu diambil oleh pihak yang berkenaan untuk menyebarkan tentang  kepentingan kesepaduan antara kaum dan etnik
di Malaysia bagi mengukuhkan keamanan di negara ini. Antara langkah-langkah
yang boleh diambil ialah wujudkan program yang melibatkan pelbagai kaum dan
sasarannya ialah golongan belia negara ini. Hal ini kerana, belia adalah
merupakan aset negara yang penting untuk menjamin kesinambungan kesejahteraan
negara pada masa akan datang.   Selain
dari itu, kesedaran tentang keharmonian yang harus dijaga di kalangan
masyarakat tanpa mengira kaum mahupun etnik perlu disemai sejak dari
kanak-kanak lagi agar keamanan negara kekal sehingga ke akhirnya. 

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Tanpa
kesepaduan antara kaum di negara ini, tidak mustahil peristiwa 13 Mei berulang
kembali walaupun ketika itu, negara kita telah maju dan terkenal di seluruh
dunia. Hal ini kerana, perpaduan dan keharmonian adalah merupakan salah satu
kunci kejayaan negara Malaysia. Kerana perpaduan dan semangat bersatu hati
dikalangan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu telah mencetuskan serta
membebaskan Negara Malaysia dari penjajah seterusnya menerima kemerdekaan pada
31 Ogos 1957.

Semangat
perpaduan seperti itu haruslah 
dikekalkan selama-lamanya agar negara kita bertambah maju pada masa akan
datang. Masyarakat kini harus sentiasa di ingatkan tentang kepentingan
perpaduan kaum agar tidak terus leka dan alpa mengejar kemajuan negara sehingga
melupakan semangat keharmonian dan kesepaduan antara kaum yang dibanggakan
suatu ketika dahulu.