Faktor-faktor Sequira. Dengan ini, peristiwaa tersebut telah memberi sebab

Faktor-faktor penjajahan di Tanah Melayu (1600-1900) Penjajahan Portugis Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis sebenarnya bermula pada 1511, namun penjajahan portugis di Tanah Melayu masih termasuk pada masa (1600-1900), yang mana penjajahan Portugis ke atas Tanah Melayu bermula pada tahun 1511 sehinggala tahun 1645, maka penjajahan Portugis masih berkaitan dengan tahun tersebut. Dalam hal ini, faktor penjajahan Portugis ini di Tanah Melayu khususnya di Melaka adalah berkaitan dengan perdagangan rempah, hal ini, permintaan rempah yang sangat tinggi di Eropah, yang mana rempah biasanya digunakan dalam pengawetan makanan serta menambahkan kelazatan makanan, dengan ini Portugis datang ke Timur disebabkan mereka mahu mendapatkan rempah secara terus dari Kepulauan Melayu. Pada ketika itu, perdagangan rempah dimonopoli oleh saudagar Islam dan Portugis ingin memecahkan monopoli perdagangan tersebut yang telah dikuasai oleh orang Islam sejak sekian lamanya, tambahan pula, pihak Portugis juga sudah lama memusuhi orang-orang Islam sejak mereka kalah dalam Perang salib pada kurun ke-12 dan mereka ingin meneruskan peperangan tersebut serta ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur dan seterusnya menyebarkan agama Kristian yang menjadi anutan Portugis. Dalam pada itu, Melaka yang masih menjadi pusat perdagangan dan penyebaraan agama Islam yang terkenal ketika angkatan laut Portugis yang diketuai oleh Lopez De Sequira tiba di situ, yang mana ianya telah diarahkan oleh Raja Manuel untuk mendapatkan Pangkalan Portugis di Melaka. Hal ini, pada mulanya rombongan Portugis ini disambiut dengan baik oleh Sultan Mahmud dan dibenarkan berniaga. Namun keadaan kemudiannya telah berubah apabila saudagar Islam dari India telah menasihatkan Bandahara Tun Mutahir supaya berhati-hati dengan orang-orang Portugis yang dianggap musuh oleh orang Islam. Dalam hal ini, Bendahara telah memujuk Sultan Mahmud supaya bertindak ke atas pihak Portugis, dan pada akhirnya, Sultan Mahmud memerintahkan semua orang Portugis yang berada di Melaka pada masa itu ditangkap dan ditahan termasuklah pegawai kanan rombongan tersebut iaitu Ruy De Araujo. Bagaimanapun, beberapa orang daripada rombongan itu telah terbunuh dan ada yang dapat melarikan diri ke Goa termasuk ketua rombongan tersebut iaitu Lopez De Sequira. Dengan ini, peristiwaa tersebut telah memberi sebab dan peluang kepada Portugis untuk melakukan serangan ke atas Melaka. Dalam masa yang sama, walaupun Melaka aman dan makmur, namun timbul beberapa pergolakan dalam Istana yang telah menyebabkan pentadbirannya menjadi lemah. Hal ini, apabila berita penahanan rombongan Portugis di Melaka sampai ke Goa, Alfonso De Albuquerque telah menyiapkan angkatan perang dalam melakukan serangan ke atas Melaka. Dengan ini, Portugis telah melakukan serangan terhadap Melaka sehinggakan Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi peralatan senjata perang Portugis yang lebih canggih dan moden. Oleh itu, secara keseluruhannya pendudukan Portugis di Melaka sehinggalah pada tahun 1641 yang mana pelbagai perubahan telah dilakukan oleh Pihak Portugis sebelum bermulanya Penjajahan Belanda di Tanah Melayu.Belanda di Tanah MelayuBelanda mula memberi perhatian kepada kepulauan Melayu pada hujung kurun ke-17, antara faktor Belanda menjajah Tanah Melayu adalah bagi memperolehi rempah secara langsung dari Timur dan bukan melalui orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gagasan ini mereka perlu menguasai Melaka daripada penguasaan Portugis selama pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 yang telah gagal. Namun Belanda akhirnya dapat menewaskan Portugis selepas enam bulan dikepung dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor yang terdiri daripada 40 buah perahu perang yang membawa seramai 1500 orang askar Melayu Pimpinan Laksamana Tun Abdul jamil. Pada 14 Januari Belanda mula berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki Melaka. Dengan ini, Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja, tindakan Belanda ini menimbulkan penentangan orang-orang Melayu khususnya pembesar-pembesar terutamanya di Naning, Perak, Johor dan Selangor.Era penjajahan Portugis telah berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan bermula pula era penjajahan oleh Belanda. Hal ini, ekspedisi yang terawal tiba di Tanah Melayu pada tahun 1559, yang mana pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu, ini kerana mereka hendak mendapatkan bahan-bahan rempah, buah pala, dan cengkih. Hal ini telah mendorong pedagang-pedagang Belanda ini bergabung dalam membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C. Tujuan utama penubuhan V.O.C ini adalah untuk menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah. Mereka juga ingin menyingkirkan Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau Tanah Melayu. Dengan ini, pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa, yang mana Betawi telah dijadikan tempat Pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedegang-pedagang dunia selain Melaka. Oleh yang demikian dalam memastikan penguasaan Portugis lenyap dengan serta-mertanya di Tanah Melayu khususnya di Melaka, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka, dan pada akhirnya mereka telah berjaya menewaskan Portugis dengan adanya bantuan oleh kerajaan Johor iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641. Dalam pada itu, kerajaan Johor pada ketika itu di bawah pemerintahan sultan Abdul jalil, pengganti Sultan Hammat Shah, di mana Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di Negara ini dengan melampaui sempadan Melaka. Hal ini, pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan perak dengan mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap mereka itu. Dalam hal ini, persaingan perdagangan di antara Johor dan Belanda sejak persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya seolah-olah menjadi retak, ini kerana bermulanya sifat timbul perasaan syak wasangka di antara atau sama lain dan mereka tidak senang dengan persaingan sebab ianya menjejaskan matlamat monopoli mereka. Keadaan ini akhirnya telah mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak belanda ke atas Johor pada akhir abad ke-18.Belanda di Melaka berusaha menguasai perdagangan di selat Melaka khususnya bijih timah. Oleh itu, Belanda cuba mendapatkan kuasa memonopoli membeli dan menjual bijih timah di Perak. Dalam hal ini, Belanda cuba mempengaruhi Sultan Perak iaitu Sultan Muzaffar Syah, supaya membenarkan pihak belanda dalam memonopoli bijih timah di Perak, namun hasrat Belanda tersebut telah ditolak oleh Sultan, disebabkan keiinginan Belanda yang sangat tinggi, Belanda tidak berputus asa, yang mana Belanda seterusnya telah menemui Sultan Acheh iaitu Sultana Tajul Alam Safiatuddin bagi membenarkan Belanda berdagang di Perak. Oleh yang demikian hasilnya, Belanda berjaya mengambil hati Sultan Acheh sehingga menyebabkan Sultan Perak terpaksa menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda mendirikan lojinya di Kula Perak pada 15 ogos 1650. Dalam hal itu, perhubungan tersebut tidak disenangi oleh segolongan bangsawan di Perak terutamanya Syabandar dan Temenggung, kerana mereka menggangap perjanjian yang ditandatangani itu menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka menjual bijih timah kepada saudagar di Cina dan India dengan harga yang tinggi berbanding dengan Belanda yang hanya menawarkan tawaran yang sengat rendah dan langsung tidak menarik.Penjajahan British ke atas Tanah MelayuPenjajahan British merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat akan kekayaan Tanah Melayu, ini kerana British amat berminat untuk menguasai Kekayaan ekonomi di Melayu. Oleh itu, dengan kedatangan British ke Tanah Melayu berasaskan dorongan sumber-sumber asli dan faktor kekayaan ekonomi. Hal ini, Pada akhir abad ke-19 British telah berusaha untuk campur tangan secara langsung di negeri-negeri Melayu. British menggunakan pelbagai alasan untuk campur tangan dalam pentadbiran di tanah melayu. Antaranya ialah pertelingkahan takhta dalam kerajaan Melayu, british telah memperkenalkan pelbagai dasar yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Dalam hal ini pengenalan sistem riseden oleh British merupakan satu cara bagi mengukuhkan kedudukan mereka di Tanah Melayu. Dalam pada itu, keadaan huru-hara yang disebabkan oleh perang saudara telah berlaku di negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan, hal ini menyebabkan campur tangan untuk memulihkan keamanan supaya kegiatan perdagangan tidak terjejas, sebagai contohnya, Perak mengalami masalah perebutan kuasa apabila raja Ali telah dilantik menjadi Sultan setelah kemangkatan Sultan Jaffar pada tahun 1865. Dengan ini, perebutan kuasa semakin rumit selepas kemangkatan raja Ali, yang mana tiga orang Putera menuntut takhta, iaitu Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yussof. Dalam masa yang sama, berkaitan dengan masalah-masalah di negeri-negeri Melayu telah menyebabkan kerajaan British di London Mengarahkan Sir Andrew Clarke supaya terlibat secara langsung untuk menyelesaikan pertikaian raja-raja Melayu. Di samping itu, masalah kongsi gelap Cina antara puak Hai San dengan Gee Hin juga merupakan faktor penjajahan British di Tanah Melayu, yang mana campur tangan British dalam usaha mencari langkah untuk mendamaikan kedua-dua Puak tersebut. Dalam hal ini, kedua-dua puak tersebut sering terlibat dalam pergaduhan sehingga mengakibatkan kegiatan perlombongan biji Timah dan keselamatan turut terjejas dengan teruk, bukan hanya dengan terjejas malahan pergaduhan kongsi gelap ini telah menyebabkan kemusnahan peralatan dalam perlombongan bijih timah. Dalam hal ini, peperangan penting yang berlaku di antara kedua-dua puak tersebut bermula pada tahun 1861, 1865 dan tahun 1872, dimana perang yang meletus pada tahun 1861 adalah disebabkan oleh tindakan Hai san, yang mana puak ini telah menyekat aliran anak sungai Perak yang digunakan oleh puak Gee Hin dalam kegiatan mengangkut bijih timah, hal demikian menyebabkan berlakunya perang di antara kedua puak tesebut, dan peperangan yang tercetus itu serta-mertanya telah menggangu kedudukan dalam kegiatan perdagangan oleh British, keadaan tersebut membawa British dalam menyelesaikan perselisihan di antara kedua-dua puak tersebut, yang mana melalui Kapten Speedy kedua-dua puak tersebut telah diselesaikan dengan perdamaian, dan dengan itu, British telah mengiktiraf puak Hai San sebagai pengusaha bijih timah pada tahun 1873. Oleh yang demikian, penguasaan British yang semakin meluas di Tanah Melayu menyebabkan tujuan dan keinginan mereka terhadap kekayaan yang ada di tanah Melayu semakin menjadi-jadi, yang mana British turut ingin menguasai sumber mineral yang bernilai yang terdapat di Tanah Melayu untuk pasaran antarabangsa.Hal ini, selepas meletusnya revolusi perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan mentah begitu tinggi untuk menampung pengeluaran yang semakin meningkat. Dengan itu, Britain yang amat memerlukan bahan mentah, terutamanya bijih timah dan getah pada masa itu, menyebabkan British telah menguasai sumber-sumber bahan mentah tersebut. Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mineral tersebut dieksplotasi olah British, British menyedari bahawa sekiranya Tanah Melayu dikuasai dan jatuh ke tangan pihak barat lain, mereka akan rugi. Selain itu terdapat desakan daripada para pedagang British yang menginginkan supaya monopoli terhadap perdagangan bijih timah di Tanah Melayu untuk memenuhi keperluan perindustrian dalam mengetin makanan.Antara tahun 1867 sehingga 1873 berlaku perang antara Raja Mahdi dan Raja Abdullah (1867-1870) dan selepas 1873, di antara Raja Mahdi dengan Putera Raja Abdullah iaitu Raja Ismail, hal tersebut kerana perebutan dalam kawasan yang kaya dengan bijih timah terutamanya di Kelang. Pemerintah Kelang iaitu Raja Sulaiman yang telah meninggal dunia digantikan oleh Sultan Muhammad yang memerintah Selangor ketika itu menganugerahkan Kelang kepada menantunya, dengan ini Raja Abdullah dengan mengenepikan Putera Raja Sulaiman dan Raja Mahdi dengan alasan, kerana Raja Sulaiman tidak memajukan kawasan Kelang. Oleh itu selepas dianugerahkan Kelang, Raja Abdullah telah menjemput orang-orang Cina dari negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah sehinggalah Kelang muncul sebagai kawasan perlombongan yang maju di bawah kekuasaan Raja Abdullah. Dalam pada itu, tindakan Sultan Muhammad  menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah telah mendapat tentangan dari Raja Mahdi. Pada tahun 1857, yang mana Sultan Muhammad telah mangkat berlakunya perebutan takhta di antara anak saudaranya dan menantunya, namun pada akhirnyan Raja Abdul Samad telah dilantik sebagai Sultan dengan menghalau Raja Muda Mahmud. Hal demikian, Raja Mahdi telah melarikan diri ke Kuala Selangor. Oleh itu, dengan bantuan Raja Hitam dan Raja Ali, Raja Mahdi telah berjaya menawan Kuala Selangor dari kekuasaan Raja Musa pada tahun 1871. Dalam pada itu, pada Jun 1871, berlaku peristiwa rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang ke Larut yang membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. Hal ini, British telah menghantar dua buah kapal perangnya, iaitu H.M.S Pluto dan H.M.S Renaldo ke Kuala Selangor, dengan ketibaan angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun melarikan diri dari Kuala Selangor. Oleh sebab ketika itu Kuala Sleangor diperintah oleh Raja Mahdi, maka British mengarahkan beliau menaiki Kapal H.M.S Renaldo bagi mengadakan rundingan  untuk menyelesaikan masalah lanun yang bergiat aktif di Kuala Selangor.Oleh sebab pada ketika itu British masih mengamalkan dasar tidak campur tangan, maka Kuala Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor. Dalam hal ini, Raja Musa yang kembali ke Kuala Selangor ingin menuntut haknya untuk menguasai Kuala Selangor, namun keengganan Tengku Kudin untuk menyerahkan Kuala Selangor telah menyebabkan Raja Musa menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang penguasaan Tengku Kudin. Oleh yang demikian, akibatnya timbulnya Kekacauan di Kuala Selangor yang mana pada 16 november 1873, sekumpulan lanun yang telah disokong oleh Putera-Putera Sultan Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka yang berhampiran dengan Sungai Jugra, hal ini, lapan orang daripada Sembilan orang anak kapal yang merupakan rakyat British telah dibunuh. Kejadian tersebut telah membuat Sir Andrew Clarke mengambil kesempatan untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan pengaruh British di Selangor. Dalam hal ini, mengenai kejadian pembunuhan tersebut maka British telah mengambil tindakan yang mana British berjaya menangkap Sembilan orang Melayu Selangor yang disyaki terlibat di dalam kejadian tersebut. Dengan ini, Sir Andrew Clake telah memaksa Sultan Samad bagi mengadakan perbicaraan ke atsa lanun-lanun berkenaan dengan kejadian pembunuhan yang telah dilakuakn ke atas orang-orang British. Dalam hal ini, peristiwa tersebut telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham untuk tinggal bersama Sultan Abdul Samad sebagai ajen tidak rasmi Inggeris. Hal ini, Sultan Abdul Samad yang begitu kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Frank Swettenham telah meminta British melantik seorang residen untuk menasihati baginda. Oleh yang demikian pada bulan Oktober 1874, J.G. Davidson telah dilantik sebagai residen dengan Frank Swettenham sebagai penolong residen.Penjajahan British di Tanah Melayu secara langsung di dorong oleh perubahan terhadap politik antarabangsa iaitu persaingan antara Negara Barat dalam meluaskan wilayah. Oleh yang demikain, British bimbang dengan usaha-usaha pihak Eropah yang lain, yang sedang giat giat mencari kedudukan di Asia Tenggara, sebagai contohnya, Belanda di Indonesia, Perancis di Indo-China dan Sepanyol di Filipina, tambahan pula Jerman yang sedang berusaha untuk mencari pengaruhnya di Tanah Melayu sekitar tahun 1871. Hal ini, menyebabkan British telah menguatkan desakan para saudagar British supaya mendesak Kerajaan Britain untuk campur tangan di Tanah Melayu supaya British kekal dengan penguasaan mereka terhadap Tanah Melayu. Dalam pada itu, perubahan Politik di Britain telah mempengaruhi dasar mereka berkaitan dengan tanah jajahan.Hal ini, pada tahun 1874, Parti Konservatif telah berjaya menguasai parlimen England menyebabkan berlakunya perubahan dasar luarnya, yang mana dasar pentadbiran di Tanah Melayu turut mengalami perubahan. Dalam hal ini, Andrew Clarke telah didesak supaya menjalankan dasar agresif terhadap penguasaan Tanah Melayu. Oleh yang demikian, British telah memperkenalkan pelbagai cara untuk mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu dengan memperkenalkan sistem Riseden.Di samping itu, pihak British telah membangunkan pelbagai infrastruktur pengangkutan untuk memudahkan perhubungan mereka. Dalam pada itu, perdagangan di antara timur dengan barat semakin cepat dan singkat, contohnya pembukaan Terusan Suez mampu memendekkan jarak perjalanan. Selain itu, penciptaan kapal wap turut menyumbang kepada penguasaan British terhadap Tanah Melayu. Barang dagangan akan mudah diangkut dari Tanah Melayu ke Negara asal, dengan ini mereka seharusnya menguasai Tanah Melayu  sepenuhnya melalui dasar campur tangan secara langsung. Dalam Pada itu, pihak British yang berada di Tanah Melayu mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan secara langsung yang turut didorong oleh pelbagai sekatan oleh negeri-negeri Melayu. Misalnya para saudagar British tidak dibenarkan memenopoli perdagangan bijih timah dan cukai yang dikenakan terhadap saudagar British terlalu tinggi.Secara keseluruhannya, faktor kedatangan Inggeris di tanah Melayu untuk menjalakan urusan perdagangan. Namun oleh sebab Tanah Melayu adalah laluan perdagangan yang baik dan strategik serta mempunyai potensi untuk dikembangkan, maka pihak Inggeris telah memutuskan untuk menguasainya dan mendudukinya, hal ini menyebabkan bermulanya penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, apa yang jelas proses imperialisme British telah mendorong penglibatan Inggeris secara langsung di Negeri-Negeri Melayu. Dalam pada itu, campur tangan British secara langsung telah mengakibatkan sistem politik dan ekonomi tempatan telah mengalami perubahan yang sangt ketara, malahan pihak British turut berjaya menguasai ekonomi tempatan. Oleh yang demikian apabila British mula campur tangan di Tanah Melayu maka bermulanya penjajahan British terhadap Tanah Melayu. Rujukan Buku: Muhd. Yusof Ibrahim, 1800-1960, Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kobkua Suwannathat-Plan, 1997, Asia Tenggara, Selangor Darul Ehsan: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. J.Kennedy, 1962, A History of Malaya, Kuala Lumpur: SAM Publishing Sdn. Bhd. Andaya, B.W., & Andaya, L.Y., 1983, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan. Buyung Adil, 1985, Perjuangan Orang Melayu menentang Penjajah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mardiana Nordin & Hasnah Hussin, 2004, Pengajian Malaysia, Shah Alam: penerbit Fajar Bakti. Shellabear, W.G., 1978, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Press